konklusi dua ribu tiga belas
Kenyataan yang kau harus terima.Kau hilang satu,tapi ada sesuatu yg lain datang untuk memperbaiki sedikit rasa canggung tu.Jelas,kau cuma perlu bersyukur.Sebab Tuhan tidak akan tinggalkan kau sorang diri.Kau pun tahu.Dua ribu empat belas.Huh,ada apa pada sebuah angka?Perasaan yang sama,hari yang sama,kelewatan yang sama dan perasaan kosong yang sama.Dunia aku hari ni betul2 berbeza dari yg dulu.Yang naif dan selalu keterlaluan dgn perasaan teruja.Betul2 gembira bila gembira.Tapi taktahu menangis bila betul2 sedang sedih.Kawalan perasaan sudah berubah hampir total.Kepala makin besar dan jiwa semakin terasing.Cinta dan harapan berubah kering dan rapuh.
Macam biasa,ada pro dan kontra.Buruk dan baiknya aku perlu hadam sebaik2nya kali ini.Sebab aku takmahu lagi mencipta kesal yang tak berasas.Tahun dua ribu tiga belas satu tahun yg baik.Mungkin yang paling baik dalam mengajar aku tentang pusingan roda hidup yg sebenar.Aku jatuh ke tanah yang paling bawah.Aku dipinggir ke ruang paling gelap.Aku terjun ke lubang yang paling asing.Aku pemimpi yang terdesak dan kacau.Membenci sesuatu yang paling aku perlu.Mendakap sesuatu yang melumpuhkan aku.Perjalanan yang paling tak masuk akal.Sisi hidup yang berputar drastik.Oh,hidup tahun 2013 yang paling gila.Gila dengan perasaan yang melambung tinggi dan jatuh ke tanah.Gila dengan tubuh yang tak bertapak ke depan,sebaliknya perlahan-lahan terkebelakang.
Aku,tak mahu kesal dengan semua ini.
Dan untuk perasaaan2 manusia yg benafas di sekitar aku yang selalu saja terluka sebab aku,terima kasih kerana bertahan.
Membilang hari untuk kelukaan yang akan aku sebabkan,huh.Maaflah,yang satu tu mmg tak boleh dielakkan.Aku akan cari jalan untuk perbaikinya dengan cara yang lain.

Comments
Post a Comment