UCAPAN TAHUN BARU
Well,hello.
Selamat tahun baru.Aku ucap awal bukan sebab tak sabar,tapi sebab hari ni rasa terlalu panjang sangat tanpa sebarang apa acara menarik.Tidak di surat khabar,tidak dlm perancangan peribadi aku.TV pun sama.Bosan.
Mungkin aku kena bukak lampu balang malam ni untuk terapi.Mungkin.Sebab macam biasa,bosan aku selalunya akan melarat menjadi stress.Dan itu memedihkan,nurani aku.
#np officially missing you.
Lagu ni macam spell.Yang buat aku jadi rindu entah pada siapa,tiba-tiba.Tiap kali.Mesti macam ni.Dan ini,satu lagi perkara melelahkan.Tapi,aku sukakan kesakitan yang ini.Hati kau sakit sampai mengebas.Seperti dipam-pam.Tapi aku suka.Dah beberapa kali berhadap dengan situasi macam ni,ia kesakitan yang bahagia.Buat otak aku lapang dalam pedih yang mengebas.Ya,pedih yang kebas.Macam tu.Haha.
Aku cuma mau belajar untuk mengajar hati aku supaya jadi lebih telus dan tak berlapis-lapis.Azam aku.Dan Ipoh,semoga jodoh kita panjang dan tak bersimpang.Kamu pekan nostalgi yang penuh hiburan.Escaptisme yang punya kemungkinan untuk disalahgunakan.Berdoalah supaya aku tak terlalu ekstrem dalam pemikiran,buat keputusan.Iya,kadang aku terlalu tak berfikir dan redah semua sendiri tak tercakapkan ke sesiapa.Untuk setengah perkara lain pula,aku terlalu takut sampai dua puluh empat jam penuh paranoid dan prasangka.
Susahnya jadi aku kerana punya degil yang kosong.Degil yang tak bawa menafaat.Itu.
Aku terasa nak tidur.
Doakan aku panjang umur dan esok masih ada untuk aku.
Maaf untuk ucapan akhir tahun yang paling bosan.Aku cuma,masih berasa tersisih.Maaf.
Aku akan rindu kamu,para memori.Itu memang pekerjaan tetap aku.
Terima kasih untuk ruang yang terluaskan untuk aku di 2014.
Dan,bertabahlah hati-hati yang kehilangan insan yang kamu cinta.Tuhan terbangkan mereka ke surga,percayakan itu.Dan juga,doa kamu setia didengar Tuhan sentiasa.Semoga bahagia milik kamu semua,makhluk penggendong jiwa.
Selamat tahun baru.Semoga Tuhan sentiasa melindungi kamu:*

Kedekut pun tak kurang juga.Uh.Tolong sesiapa,bantu aku untuk basuh hati ni.Itu saja sebenarnya solusi untuk semua perkara.
Aku terasa nak tidur.
Doakan aku panjang umur dan esok masih ada untuk aku.
Maaf untuk ucapan akhir tahun yang paling bosan.Aku cuma,masih berasa tersisih.Maaf.
Aku akan rindu kamu,para memori.Itu memang pekerjaan tetap aku.
Terima kasih untuk ruang yang terluaskan untuk aku di 2014.
Dan,bertabahlah hati-hati yang kehilangan insan yang kamu cinta.Tuhan terbangkan mereka ke surga,percayakan itu.Dan juga,doa kamu setia didengar Tuhan sentiasa.Semoga bahagia milik kamu semua,makhluk penggendong jiwa.
Selamat tahun baru.Semoga Tuhan sentiasa melindungi kamu:*
Comments
Post a Comment