LARI



Selepas setahun, aku kembali ke sini.

Aku dapat lari sekejap ke Ipoh hujung minggu lepas. Untuk cari eskapisme. Cari ruang untuk aku fikir semula tentang semua perkara. Terutamanya tentang hati yang aku tinggalkan di sini.

aku duduk @ DWJ Hotel untuk satu malam





The feeling is unreal. Bila aku jejak kaki di stesen Ipoh, aku cuma helah nafas lega. Stesen masih crowded macam biasa. Bezanya tahun ni aku dah pandai paggil Grab instead of call teksi. Aku sampai dalam jam satu petang. Cuaca sangat baik & aku tak sabar nak check in hotel untuk rehat sekejap sebelum mula jalan-jalan.


Satu perkara yang aku masih tak belajar bila travelling adalah untuk pakai kasut yang sesuai. Instead of wearing a proper shoes, aku pi pakai sandal MyOneShop dengan harapan ia dapat bertahan tapi mestilah tak.


Aktiviti aku petang Sabtu aku cuma jalan-jalan, ambil angin & tadah cahaya matahari petang. Ya, aku cuma ulang semula apa yang selalu aku buat waktu di Semester akhir dulu. Reclaim memories. Bunyi hon, trafik hingar, bangunan lama & matahari petang di sini memang tak pernah mengecewakan.

Aku gembira. Macam mimpi, sekali lagi aku di sini. Berehat dan lari dari urusan dunia yang melelahkan. Sebenarnya aku ke sini untuk satu hal yang lain juga. Macam yang pernah aku cakap, ada hati yang aku tinggalkan di sini. Jadi, aku ke sini untuk cari jawapan tentang masa depan, kami.



Komitmen bukanlah hal yang aku gemarkan. Apa lagi untuk multitask. Aku cepat berat sebelah. Dan hal tu yang selalu buat aku ragu-ragu bila fikir tentang kami berdua nanti. Dia tahu aku ke sini untuk itu & dalam fikiran aku perbincangan kami mungkin akan berakhir dengan tegang sebab selalunya begitulah.

Tapi tak. Semuanya berlangsung santai dan tenang di pagi ahad itu. Sebelum tren aku tiba.

Langit pagi tu kembalikan yakin aku tentang masa depan yang sebelum ni aku kelabukan.





Comments

Popular Posts