FASA






2018 bawa aku ke satu lagi fasa baru. 

Walaupun tak ada rancang apa-apa mulanya. Semua berlaku cepat. Spontan. Things started waktu aku bawa diri sekejap ke Ipoh. Waktu aku buat keputusan untuk bercakap tentang masa depan kitorang berdua yang masa tu masih entah taktahu mana hala tujunya.



Dan 30 Disember haritu adalah jawapan untuk kira-kira aku dan dia tentang kami berdua. Aku boleh cakap semua benda yang berlaku selepas itu adalah magical. Betullah, susun atur Allah untuk semua makhluknya tu sangat cantik. Tak lewat, tak cepat. Kena pada masanya. Cantik apa adanya.





Kadang rasa macam biasa. Kadang rasa macam tak percaya. Bila aku pandang tangan sendiri dan nampak cincin, aku rasa macam eh, dah tunang orang. 

Comments

Popular Posts