GRADUATED

Hai.

Dah Disember. Dan aku dah officially 21. Dan dah graduate.



Baca post-post lama kat sini, rasa macam aku dah masuk lorong waktu, tiba-tiba aku dah habis belajar dan dah bekerja. Rasa macam baru semalam aku masih wondering macam mana masa depan aku. Tapi sekarang aku dah berada dekat masa depan yang aku pernah risaukan tu.

Dan ya, aku dah setahun tinggalkan dunia penulisan. Aku tak tulis quote atau diari, jadi macam yang boleh nampak sekarang, tulisan aku sedikit kaku. Tak sastera dan tak emosi macam dulu. Aku taktahu faktor usia atau apa, tapi aku perasan jugak, lepas aku dah keluar dari league usia belasan tahun, aku banyak belajar untuk persetankan perasaan atau emosi kecik2 yang boleh pengaruh aku jadi melankolik atau overthinking. Jadi ya, mungkin faktor usia jugak. Walaupun aku baru 21. Haha.


Ini portal pengembaraan masa aku. 

Aku dah selesai dengan dunia kolej. Wondering untuk next stage pulak. Pra-dewasa.

Comments

Popular Posts