SOLITARI

Untuk semester terakhir, aku buat keputusan untuk tinggal sendiri. For my own good. Untuk terakhir kali bagi peluang dekat diri aku sendiri enjoy dunia introvert.



Jadi, aku start cari bilik dan jumpa apa yang aku nak. Single room atas rumah kedai, bonus pointnya adalah bilik aku atas 7-Eleven. Takkan sunyi dan kalau tiba-tiba perut aku mintak makanan malam-malam, turun je bawah. Dan ada kedai mamak 24/7 jugak. Konklusinya untuk first phase, aku happy. Sebab semuanya reachable by walking distance untuk aku yang tak ada kenderaan ni.

Jarak perjalanan untuk ke kolej dalam 15-20 minit(jalan kaki). Sekali lagi aku happy. Sebab benda tu boleh jadi satu bentuk exercise untuk aku yang tak pernah nak work out ni.

DAILY LIFE
Hari biasa, aku akan bangun dalam pukul enam pagi dan terus bersiap kalau ada kelas awal. Kalau tak ada, lepas subuh aku tidur balik dan bangun semula jam 10 untuk cari sarapan dekat kedai bawah. Selalunya pukul 10 pagi dah sunyi sebab penyewa-penyewa lain dah pergi kerja dan masa ni aku setelkan basuh baju(mesin basuh/ampaian disediakan).


Lepas balik kelas(paling lewat pukul 2.30 pm) aku akan straight ke kedai untuk beli makanan tengahari evethough dah tak tengahari. Setiap kali makan aku wajib bukak RunningMan dekat laptop untuk membunuh kesunyian dan daripada situasi sadis seperti makan sambil pandang dinding since ruang bilik aku memang terhad.

peta lantai bilik


Waktu petang adalah waktu rehat aku melainkan kalau ada assignment yang datang sekaligus, aku akan try buat sikit waktu ni.

Aktiviti lepas maghrib hanyalah keluar makan malam(cikdin ambik) dan ronda pekan Ipoh yang tak pernah membosankan bagi aku(taktahulah cikdin). Sebelum pukul 10 selalunya dah balik. Dan sediakan baju untuk kelas esok pagi dan 💤.





WEEKEND
Tak ada siapa yang tak suka weekend. Hal yang paling membahagiakan bila bangun pagi dan turun untuk beli sarapan adalah; parking kosong dan lapang!

After breakfast, aku akan mulakan senaman pagi aku menuju ke ECO Shop. Selalunya spend dalam RM10 macam tu je sekali pergi sebab boleh dikatakan once in a week aku akan ke sana walaupun aku taktahu apa yang aku cari. Haha.

apa yang aku dapat di ECO Shop



Balik dari ECO Shop aku akan terus pergi bungkus makanan sebelum naik bilik, selalunya dengan peluh sebeban sebab matahari dah naik(around 12-1pm) dan kaki yang lenguh.

Aktiviti lepas zuhur aku adalah tidur. Bangun petang aku akan masak air dan minum petang sambil tengok RunningMan. 'Menu' minum petang selalunya Nescafe 3IN1, maggi, roti & biskut.

COLLEGE LIFE
Semester terakhir bezanya cuma perjalanan pergi dan balik aku je. Biasanya kalau kelas 8.30am, pukul 7 pagi aku dah gerak dari bilik sebab nak elak peak hours. Kalau tak banyak kereta, aku nak melintas jalan pun senang, tenang dan aman.

Dengan classmate aku macam biasa je. Diorang tahu survival solitari aku dan diorang curious jugak masa mula-mula dapat tahu. Mungkin diorang cannot brain macam mana aku boleh hidup tak ada kawan/ menyewa sendiri, pergi kolej sendiri dan semua urusan aku bersolitari.

Since aku ni perempuan, bahaya tu macam lagi senang nak dekat. Jadi, shield aku tiap kali ke mana-mana; Ayatul Kursi.


KONKLUSI
Aku memang tak buat banyak aktiviti di Ipoh tapi hari aku tenang. Hati aku senang dapat uruskan hari-hari sendiri, tanpa perlu fikir hati siapa perlu aku jaga atau masalah apa lagi yang perlu aku hadap bila aku pulang. Aku dapat capai apa yang aku nak untuk semester terakhir di pekan yang aku paling sayang ni.

Hidup bersolitari buat aku create ruang untuk diri sendiri. Ruang yang selama ni aku cari-cari.

I could kept all of my personal life completely separated from the college life. I'm happy!




Comments

Popular Posts